Saturday, December 26, 2009

Cerita Posmen Zaman Sekarang



Tengahari ini ketika menonton Buletin 1.30 TV3, berita mengenai surat-surat yang tersasar hantar di Bandar Baru Uda, Johor Bahru telah dikeudarakan.

Saya lantas mengambil kamera untuk mengabadikan potret beberapa orang penduduk di rumah pangsa Jalan Padi Malinja 1 yang kesal dengan kecuaian kakitangan Pos Malaysia Berhad. Surat-surat mereka telah tersalah hantar menyebabkan beberapa masalah seperti surat penting panggilan temuduga tidak sampai ke tangan penerima.

Mereka tidak puas hati kerana alamat di sampul surat adalah jelas dan peti-peti surat juga tersedia di bawah kolong rumah pangsa.

Saya terpanggil untuk menghebahkan perkara ini kerana beberapa aduan telah kedengaran tentang cara kerja posmen di kawasan ini. Surat-surat saya pernah diletakkan di cermin kereta sehingga basah terkena hujan bahkan keselamatannya juga tidak terjamin.

Mereka juga pernah mencampakkan gulungan surat-surat walaupun surat tersebut masih boleh dimasukkan ke peti surat satu persatu.

Apa yang saya lihat ialah kakitangan pos ini tidak mahu turun dari motosikalnya. Sangkaan baik saya adalah mereka hendak menjalankan kerja dengan cepat. Soalnya ialah mengapa mereka tidak mahu menjaga keselamatan surat-surat yang dibawah amanah dan tanggungjawabnya?.

Kita pernah mendengar berguni surat yang dibuang, surat tidak sampai ke distinasi sebenar dan pelbagai masalah lagi.

Dahulu, ketika posmen kita menggunakan basikal tidak pernah terjadi kejadian-kejadian seperti ini. Apakah perlu basikal ini diperkenal dan digunakan semula?.

Atau tukarkan saja perkataan "RAKAN KEPERCAYAAN ANDA" kepada "Rakan Tidak Dipercayai Lagi
"

*dipetik dari http://duniasunawan.blogspot.com/2009/01/pos-malaysia-rakan-yang-tidak.html

No comments:

Post a Comment