Sunday, December 6, 2009

Berbasikal Ke Tempat Kerja

aku google2 tentang basikal, dan aku jumpa satu artikel mengenai basikal. sebenar nya artikel ni mengenai politik parlimen, tp ada menyentuh tentang basikal. jd sgt menarik utk membaca nya. dan aku hormat dgn pendapat dia, tp mcm sikit lawak lah. hehehehe :p

-----



Berbasikal ke tempat kerja bagus tetapi sesuaikah dengan keadaan persekitaran?

Aduh! Aduh! Penulis mengeleng kepala membaca aksi wakil rakyat dari pembangkang yang berbasikal ke Parlimen sebagai satu percubaan untuk memaksa kerajaan menurunkan harga minyak...

Lawak gila bila membaca tentang apa yang ditulis di halaman Harakahdaily juga di dalam artikel bertajuk 'Salahkah berbasikal ke Parlimen?' bertarikh 23 Jun 2008.

Berbasikal ke Parlimen atau ke mana-mana sahaja tempat di dalam Malaysia memang tidak menjadi satu kesalahan kerana tidak ada undang-undang dalam negara yang menegahnya.

Tetapi adakah tindakan tersebut kondusif jika nak dibandingkan dengan keadaan di negara-negara di Eropah yang memang biasa penduduknya berbasikal ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja?

Lihatlah pula keadaan cuaca dan persekitaran mereka... Penduduk di negara Eropah mengalami keadaan cuaca yang sejuk, udara yang sejuk walaupun di musim Panas; tetapi udaranya tidak sepanas yang dialami di negara-negara Tropika dan Asean yang memang panas membakar serta boleh menyebabkan perpeluhan yang banyak.

Satu lagi masalah ialah keadaan pemandu di Malaysia yang langsung tidak sivik dan bertimbang-rasa terhadap pejalan-pejalan kaki, penunggang-penunggang motorsikal atau orang yang berbasikal.

Dan juga hakikatnya ialah Malaysia tidak menyediakan kemudahan satu lorong untuk pembasikal, hanya untuk orang yang menaiki motorsikal.

Bayangkan jika orang berbasikal ke tempat kerja di Malaysia yang jauhnya 30 atau 50 kilometer daripada rumah mereka, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi mereka?

Tidak kurang juga dengan keadaan bau badan mereka sejurus sampai ke tempat kerja memandangkan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun kecuali pada musim tengkujuh.

Banyak faktor yang menyebabkan berbasikal di Malaysia tidak selamat kerana baru-baru ini pun terdapat berita yang menyiarkan orang yang bermotosikal disamun oleh perompak jadi bayangkan apa yang akan terjadi kepada penunggang basikal di Malaysia.

Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya.



*http://www.isuhot.com/modules.php?name=News&file=article&sid=466

No comments:

Post a Comment