Thursday, December 31, 2009
Menceceh
Bujang Lapuk - Menceceh
Oh menceceh...
Oh menceceh...
Bujang lapuk pakai songkok
Basikal cabuk tak pernah gosok
Tayar kempis roda bengkok
Badan pepes macam keropok
Bujang lapuk keliling kampung
Naik basikal hai pakai sarung
Minum air dah naik kembung
Sakit perut terpekik terlolong
Hai bujang lapuk tak boleh harap
Basikal cabuk dah naik kurap
Baru putus hai urat saraf
Masuk angin keluar asap
Bujang lapuk... loyar buruk
Sana sini hai bikin sibuk
Naik basikal semacam beruk
Tak ada kerja tolak habuk
*Penyanyi/Artist: P. Ramlee & S Samsudin & Aziz Satar
Wednesday, December 30, 2009
Kalau Nak Sihat, Kayuh Basikal
kalau rasa2 segway tu tak menyihatkan, sebab tak membakar kalori..apa kata beli basikal GUCCI ni sebagai ganti. Rasanya taklah semahal segway Chanel..hari tu masa kitaorang(ngan Faizul) tengok basikal ni kat Paris, harganya dalam rm48,000 macam tu..ok what, dapat beg Gucci sekali.. siar2 kat taman best kan? kring2! Alamatnye,tak boleh la parking sebarangan,silap2 kena angkut dek pencuri! (dua kali pandang macam basikal posmen pun ada..)
*dipetik dari http://rizalmanibrahim.blogspot.com/2009/03/kalau-nak-sihatkayuh-basikal.html
Monday, December 28, 2009
Taman Warisan Pertanian
Taman Warisan Pertanian terletak di Putrajaya. Bayaran masuk ialah RM2 seorang. tp kalau anda student, hanya tunjukkan ID card dan boleh masuk secara percuma. waktu operasi dr 8pagi hingga 530petang. tp pengunjung dibenarkan berada sehingga jam 7pm.
banyak pokok buah di dlm taman ini. ada jambu, ciku, delima, petai, kelapa, kelapa sawit, pokok kari, cili, mangga, rambutan, mata kucing dan mcm2 lg. ada sawah mini juga. tak lupa nenas pun ada. bagi yg tak pernah lihat pokok2 ni, mmg sesuai utk pergi.
yang mungkin jadi menarik nya, ada pokok getah dan di situ ada demonstrasi kan proses mendapatkan latex. dari getah ditoreh hingga menjadi keping getah.
di belakang tempat proses latex ni, ada rumah ala-kampung. tiada apa pun dlm rumah kecuali poster2 informasi getah. dan yg membuatkan lagi bes rumah ni ialah, di dpn rumah tu ada basikal :)

Sunday, December 27, 2009
Kucing dan Basikal
Saturday, December 26, 2009
Cerita Posmen Zaman Sekarang
Tengahari ini ketika menonton Buletin 1.30 TV3, berita mengenai surat-surat yang tersasar hantar di Bandar Baru Uda, Johor Bahru telah dikeudarakan.
Saya lantas mengambil kamera untuk mengabadikan potret beberapa orang penduduk di rumah pangsa Jalan Padi Malinja 1 yang kesal dengan kecuaian kakitangan Pos Malaysia Berhad. Surat-surat mereka telah tersalah hantar menyebabkan beberapa masalah seperti surat penting panggilan temuduga tidak sampai ke tangan penerima.
Mereka tidak puas hati kerana alamat di sampul surat adalah jelas dan peti-peti surat juga tersedia di bawah kolong rumah pangsa.
Saya terpanggil untuk menghebahkan perkara ini kerana beberapa aduan telah kedengaran tentang cara kerja posmen di kawasan ini. Surat-surat saya pernah diletakkan di cermin kereta sehingga basah terkena hujan bahkan keselamatannya juga tidak terjamin.
Mereka juga pernah mencampakkan gulungan surat-surat walaupun surat tersebut masih boleh dimasukkan ke peti surat satu persatu.
Apa yang saya lihat ialah kakitangan pos ini tidak mahu turun dari motosikalnya. Sangkaan baik saya adalah mereka hendak menjalankan kerja dengan cepat. Soalnya ialah mengapa mereka tidak mahu menjaga keselamatan surat-surat yang dibawah amanah dan tanggungjawabnya?.
Kita pernah mendengar berguni surat yang dibuang, surat tidak sampai ke distinasi sebenar dan pelbagai masalah lagi.
Dahulu, ketika posmen kita menggunakan basikal tidak pernah terjadi kejadian-kejadian seperti ini. Apakah perlu basikal ini diperkenal dan digunakan semula?.
Atau tukarkan saja perkataan "RAKAN KEPERCAYAAN ANDA" kepada "Rakan Tidak Dipercayai Lagi"
*dipetik dari http://duniasunawan.blogspot.com/2009/01/pos-malaysia-rakan-yang-tidak.html
Wednesday, December 23, 2009
Penoreh Getah
Getah merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia dan masih tersenarai sebagai negara pengeluar getah terbesar dunia sejak Perang Dunia Satu. Malaysia mengeluarkan hampir 20% getah asli dunia suatu ketika dahulu.
Penoreh getah mula keluar dari rumah seawal subuh. Dikatakan pada pagi hari, susu getah senang mengalir. Pada siang pula, getah menjadi pejal dan sedia untuk dikutip dan dibawa ke kilang untuk dijadikan kepingan.
Dulu, selain berjalan kaki, basikal adalah salah satu pengangkutan para penoreh.

Tuesday, December 22, 2009
Penjajahan Jepun
Jepun pernah menjajah Malaya pada Perang Dunia Kedua. Mereka menyerang masuk dari selatan Thailand ke utara Malaya (Perlis, Kedah & Kelantan) hingga akhirnya ke Singapura.
Salah satu rahmat dari penjajahan Jepun ni ialah orang Melayu mulai sedar bahawa kuasa penjajah Inggeris yang sebelum itu mereka agungkan dan diharapkan untuk mempertahankan bangsa dan negara mereka sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.
Kemenangan tentera Jepun menewaskan Inggeris di Malaya membuka mata dan minda orang Melayu bahawa bangsa Asia juga boleh membebaskan diri mereka dari cengkaman kuasa Eropah.
Atas kesedaran inilah para nasionalis Melayu buat pertama kalinya bersatu dengan mengetepikan semua sentimen kenegerian, kedaerahan dan kesukuan mereka demi menentang percubaan Inggeris untuk bertapak semula di Malaya selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Dan apa yang menariknya, sebahagian tentera Jepun memasuki Malaya menggunakan basikal.
Tempoh hari aku ke muzium negara, dan ada basikal ini. Dikatakan basikal ini telah digunakan oleh tentera Jepun semasa penjajahan mereka.

Friday, December 18, 2009
Hidup Sederhana
Sudirman - Hidup Sederhana (Basikal Tua)
Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua
Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa...
Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu
Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu
Orang biasa basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa...
*Dipetik dari album Anak Muda (1980)
Wednesday, December 16, 2009
The Kampung Boy
Monday, December 14, 2009
Rasuah Basikal dan Tabur Wang RM400 Seorang
BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.
*http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20199&Itemid=28
agak-agak, basikal apa ye dorg dpt? hm....
Sunday, December 13, 2009
Thursday, December 10, 2009
Thumbs Up!
sewaktu kayuhan ke KLCC hari tu, otw ke Kitaro BB, aku berjalan (tak kayuh) di selitan orang ramai. kat dpn starbucks ada 1 couple muda melihat ragam aku ni. mesti la aku perasan. dia senyum dan aku pun balas. dan dia angkat ibu jari dia (tanda kagum kut?). mungkin tak pernah lg dia tengok ragam org bawa basikal tua ke BB. ehehe..
Wednesday, December 9, 2009
Malaya Tetap Merdeka
bukan aku seorang patriotik, tapi mesej dlm lagu ni mmg sgt bagus. sesuai utk diadaptasi kan pada zaman sekarang. (dan dlm video ini mereka semuanya berbasikal! :p )
Malaya Tetap Merdeka
(la la la la la la..)
bersatu padu kita semua
rakyat tanah malaya yang tercinta
aman sentosa, rukun dan damai
kita hidup bersama
nyanyi bersama sambil menari
ketawa, suka, serta bergembira
kita semua warganegara
hidup bagai saudara
marilah (marilah) kita membina
dan membangun malaya merdeka
supaya (supaya) makmur dan jaya
rakyat merasa bahagia
bersuka ria atau berkerja
mesti dibuat dengan satu hati
ini semua untuk kepentingan
malaya tetap merdeka
(la la la la la la..)
bersatu padu kita semua
rakyat tanah malaya yang merdeka
aman sentosa rukun dan damai
kita hidup bersama
nyanyi bersama sambil menari
ketawa, suka serta bergembira
kita semua warganegara
hidup bagai saudara
marilah (marilah) kita membina
dan membangun malaya merdeka
supaya (supaya) makmur dan jaya
rakyat berasa bahagia
bersuka ria atau berkerja
mesti dibuat dengan satu hati
ini semua untuk kepentingan
malaya tetap merdeka
(la la la la la la..)
bersuka ria atau berkerja
mesti dibuat dengan satu hati
ini semua untuk kepentingan
malaya tetap merdeka
(la la la la la la..)
Dipetik dari filem "Korban Fitnah" (1959) arahan P.L. Kapur, keluaran Maria Menado Productions dan Cathay-Keris Film.

Tuesday, December 8, 2009
Monday, December 7, 2009
Sunday, December 6, 2009
Berbasikal Ke Tempat Kerja
aku google2 tentang basikal, dan aku jumpa satu artikel mengenai basikal. sebenar nya artikel ni mengenai politik parlimen, tp ada menyentuh tentang basikal. jd sgt menarik utk membaca nya. dan aku hormat dgn pendapat dia, tp mcm sikit lawak lah. hehehehe :p
-----
Berbasikal ke tempat kerja bagus tetapi sesuaikah dengan keadaan persekitaran?
Aduh! Aduh! Penulis mengeleng kepala membaca aksi wakil rakyat dari pembangkang yang berbasikal ke Parlimen sebagai satu percubaan untuk memaksa kerajaan menurunkan harga minyak...
Lawak gila bila membaca tentang apa yang ditulis di halaman Harakahdaily juga di dalam artikel bertajuk 'Salahkah berbasikal ke Parlimen?' bertarikh 23 Jun 2008.
Berbasikal ke Parlimen atau ke mana-mana sahaja tempat di dalam Malaysia memang tidak menjadi satu kesalahan kerana tidak ada undang-undang dalam negara yang menegahnya.
Tetapi adakah tindakan tersebut kondusif jika nak dibandingkan dengan keadaan di negara-negara di Eropah yang memang biasa penduduknya berbasikal ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja?
Lihatlah pula keadaan cuaca dan persekitaran mereka... Penduduk di negara Eropah mengalami keadaan cuaca yang sejuk, udara yang sejuk walaupun di musim Panas; tetapi udaranya tidak sepanas yang dialami di negara-negara Tropika dan Asean yang memang panas membakar serta boleh menyebabkan perpeluhan yang banyak.
Satu lagi masalah ialah keadaan pemandu di Malaysia yang langsung tidak sivik dan bertimbang-rasa terhadap pejalan-pejalan kaki, penunggang-penunggang motorsikal atau orang yang berbasikal.
Dan juga hakikatnya ialah Malaysia tidak menyediakan kemudahan satu lorong untuk pembasikal, hanya untuk orang yang menaiki motorsikal.
Bayangkan jika orang berbasikal ke tempat kerja di Malaysia yang jauhnya 30 atau 50 kilometer daripada rumah mereka, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi mereka?
Tidak kurang juga dengan keadaan bau badan mereka sejurus sampai ke tempat kerja memandangkan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun kecuali pada musim tengkujuh.
Banyak faktor yang menyebabkan berbasikal di Malaysia tidak selamat kerana baru-baru ini pun terdapat berita yang menyiarkan orang yang bermotosikal disamun oleh perompak jadi bayangkan apa yang akan terjadi kepada penunggang basikal di Malaysia.
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya.
*http://www.isuhot.com/modules.php?name=News&file=article&sid=466

Saturday, December 5, 2009
Jemputan Acara Kayuhan Silaturahim Melaka-Jakarta, 6hb Disember '09
7:45 pagi
Persediaan (last check-up) dan sarapan pagi sponsored by KBTBB & Basikal Malaya
8:00 pagi
Berkumpul di Batu Berendam (pengkalan operasi KBTBB), Melaka untuk sessi taklimat perjalanan dan keselamatan.
8:30 pagi
Bertolak ke Bandaraya Warisan Dunia - Melaka.
9:15 pagi
Sarapan pagi dan berehat di Restoran (to be confirm)
9:15 pagi - 11:00 pagi
Melawat tempat-tempat bersejarah sekitar Bandaraya menaiki basikal masing-masing.
11:00 pagi - 12:00 t/hari
Singgah bershopping di Pasar Karat berhampiran Jonker Street.
12:00 t/hari
Kembali pulang ke Batu Berendam (pengkalan operasi KBTBB)
....
Sekian Untuk Makluman.
Basikal Tua...Warisan Generasi Muda
Admin KBTBB
Friday, December 4, 2009
Sejarah Pos Malaysia
Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya.
Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.
Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem-setem India mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901.
Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda. Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos).
Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan. Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya.
*http://www.pos.com.my/websitebm/main2.asp?C=/WebsiteBM/AboutUs/PMB/History.htm
Wednesday, December 2, 2009
Budaya Kita
Tuesday, December 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)