Wednesday, February 16, 2011

Melaka Bandaraya Bersejarah

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara (Iskandar Shah) di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pemerintahan ini berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Dan pada tahun 2011 ini, genaplah 500 tahun kejatuhan pemerintahan yang gemilang tersebut.

Semasa perjalanan ke Makam Tun Teja, aku dan kawan2 melewati sebuah rumah yang bagi aku cukup unik. tidak seperti rumah2 tipikal di situ, di mana orang lain menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah sbg hiasan. tapi rumah ini unik kerana terdapat basikal-basikal tua bergantungan di luar rumah.

kami singgah di rumah tersebut. aku teruja melihat basikal2 tu tapi sayang seribu sayang, kondisi basikal tu sgt2 karat. mana tak nya, dijemur kat luar mcm tu, kena panas-hujan-panas-hujan.

kebetulan pula, tuan rumah nya ada di dalam rumah. aku berjumpa dan minta izin utk tengok dan bergambar2 di halaman rumah dia. dan ternyata tuan rumah tu sgt ramah. bukan je beri izin, malah dia sudi bercerita panjang tentang sejarah basikal2 kat luar yg tergantung tu.

antara cerita nya, salah satu basikal yang tergantung tu ialah kepunyaan almarhum bapa dia. diwariskan kepada dia dan akhir nya, kerana terlalu sayang, dia pamerkan kat luar rumah tu. sewaktu pakcik tu kecil, basikal tu adalah satu benda yg tidak boleh diusik sewenang2. sbb almarhum bapa dia sgt garang dan akan denda anak2 nya yg tidak ikut arahan tu.

dah lebih 10 tahun basikal2 tu digantung kat luar rumah. sehingga kini, tiada sebarang kecurian pun pernah berlaku. warna basikal2 tu juga hampir setiap tahun berubah. ini sbb nak kena matching dgn warna tema rumah pada hari raya. hehehe.

lagi, dia bg tau yang kami ni bukanlah orang yg pertama datang ke rumah dia disebabkan basikal2 tu. pernah beberapa kali, ada rombongan bas pelancong berhenti utk bergambar di rumah tu. malah, pernah ditulis artikel dlm majalah tempatan dan singapore.

lepas tu, kami pun berpamitan. meneruskan perjalanan jalan-jalan di negeri melaka yg bersejarah tu.