Sunday, January 3, 2010
Berbasikal di Putrajaya
acara berbasikal di putrajaya dah jadi popular di kalangan mereka yg berbasikal. aku pun tak melepaskan peluang utk cuba hayati aktiviti ini. dgn menyertai aktiviti rutin kawan, semalam aku berjaya berbasikal di putrajaya.
kami memulai berbasikal dari depan masjid, menghala ke PICC. kemudian ke jambatan baru dan keluar ke lebuhraya dan memasuki jambatan dpn MOF. santai kejap di atas jambatan utk sesi penggambaran, dan akhirnya menuju balik ke dpn masjid.
suasana di putrajaya mmg bes utk berbasikal. tambah lagi semalam baru habis hujan. jd sgt nyaman. sepanjang jalan kami diterangi oleh cahaya lampu jalan. ini membuatkan kita terlihat oleh trafik.
untuk kali kedua, mmg pasti! :)
Friday, January 1, 2010
Selamat 2010!
selalu nya pada malam tahun baru, ramai yg berkumpul. keluarga berkumpul, kawan2 berkumpul dan mcm2 lagi berkumpul. dan dlm kumpulan tu, pasti ada aktiviti.
aktiviti yg paling sohor dlm perkumpulan ni ialah makan. sama ada bbq, order pizza atau fastfood, masak sendiri atau makan kat kedai. dan antara aktiviti lain nya seperti karaoke, gossip, main games, tgk bungapi, tgk movie dan mcm2 lagi.
aku mengakhiri 2009 dan memulai 2010 dgn bersama keluarga di rumah. iye, kami juga ber-bbq. dan membuat cupcakes. manakala aktiviti sampingan, kita mempelajari bagaimana-nak-naik-basikal-tua (dorg tak berkesempatan utk naik basikal jenis ni dari dulu). mungkin ni satu aktiviti yg lain dari lain, tp mmg sgt menyeronokkan.
semoga tahun baru kita lebih diberkati oleh ALLAH swt, amin!

Subscribe to:
Posts (Atom)