Friday, September 17, 2010

SHRMZB 1431H

rumah yang bersaiz kecil tidak menjadi satu masalah bg satu keluarga utk menjalankan kehidupan mereka. tapi mungkin akan menjadi sedikit sempit. tapi itu bukan masalah utama. yang menjadi masalahnya, bila barang2 di dalam rumah dah melebihi kapasiti penduduk rumah itu tersendiri.

disebab kan rumah saya terlalu kecil, jd barang2 yang berada di luar dari tempat asalnya (dan yg tak patut dipertonton kan oleh orang yg dtg), harus la dikemas. biar tetamu yang datang tak de la rasa semak sangat. atau ayat lain, lebih rapi.

antara barang2 yg perlu disimpan ialah baju2 yg tidak dikemas, kasut2 yg tidak disusunkan dlm almari, kotak2 di tepi2 dinding, almari permainan anak buah yg berada di ruang utama dan mcm2 lagi lah. nanti kalau tetamu datang, tak de la semak sangat. atau ayat lain, biar lebih kemas.

hal kemas-mengemas ni pasti akan berlaku sekurang nya sekali dalam setahun. mujurlah ada perayaan yg disambut, sbb kalau tak, takde nye nak mengemas2 mcm ni.

sebenar nya, salah satu barang yg "menyemakkan" pandangan orang lain tu, ialah basikal saya. jd terpaksalah ianya dibawa masuk ke dlm bilik yg sempit ni. hihihi :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Thursday, April 15, 2010

Ole-ole

selalu nya, bila kita pergi ke tempat yang jarang tidak menjadi kebiasaan orang pergi, pasti orang2 yg tak pergi tu akan minta belikan cendera hati atau apa2 yg daripada tempat tersebut.

dalam cerita kawan aku, dia pergi ke korea utara utk bercuti bersama keluarga. jadi, aku dan kawan2 yg lain juga tidak melepaskan utk meminta sesuatu dr sana.

dan pada kepulangan dia ke tanah air, kami semua dibelikan satu permainan yg berbentuk macam2. dan punya aku ialah basikal.

sebenar nya permainan berbentuk basikal ni bukan lah permainan yg biasa2. ianya satu permainan utk menguji minda -- puzzle.

cara utk main, kita kena keluarkan ring (warna emas) daripada maze berbentuk basikal ni. mmg sgt menguji minda!

nk tau lebih lanjut, boleh tgk kat sini.

Sunday, January 3, 2010

Berbasikal di Putrajaya



acara berbasikal di putrajaya dah jadi popular di kalangan mereka yg berbasikal. aku pun tak melepaskan peluang utk cuba hayati aktiviti ini. dgn menyertai aktiviti rutin kawan, semalam aku berjaya berbasikal di putrajaya.

kami memulai berbasikal dari depan masjid, menghala ke PICC. kemudian ke jambatan baru dan keluar ke lebuhraya dan memasuki jambatan dpn MOF. santai kejap di atas jambatan utk sesi penggambaran, dan akhirnya menuju balik ke dpn masjid.

suasana di putrajaya mmg bes utk berbasikal. tambah lagi semalam baru habis hujan. jd sgt nyaman. sepanjang jalan kami diterangi oleh cahaya lampu jalan. ini membuatkan kita terlihat oleh trafik.

untuk kali kedua, mmg pasti! :)

Friday, January 1, 2010

Selamat 2010!

selalu nya pada malam tahun baru, ramai yg berkumpul. keluarga berkumpul, kawan2 berkumpul dan mcm2 lagi berkumpul. dan dlm kumpulan tu, pasti ada aktiviti.

aktiviti yg paling sohor dlm perkumpulan ni ialah makan. sama ada bbq, order pizza atau fastfood, masak sendiri atau makan kat kedai. dan antara aktiviti lain nya seperti karaoke, gossip, main games, tgk bungapi, tgk movie dan mcm2 lagi.

aku mengakhiri 2009 dan memulai 2010 dgn bersama keluarga di rumah. iye, kami juga ber-bbq. dan membuat cupcakes. manakala aktiviti sampingan, kita mempelajari bagaimana-nak-naik-basikal-tua (dorg tak berkesempatan utk naik basikal jenis ni dari dulu). mungkin ni satu aktiviti yg lain dari lain, tp mmg sgt menyeronokkan.

semoga tahun baru kita lebih diberkati oleh ALLAH swt, amin!